spot_img
spot_img

Rakyat Malaysia patut henti ‘menjadikan’ pelawak Singapura supaya terkenal

spot_img

SINGAPURA — Pelawak berasal dari Singapura, Jocelyn Chia yang menghina Malaysia dan tragedi MH370 baru-baru ini dengan angkuh enggan memohon maaf terhadap keterlanjurannya di dalam rancangan lawak di kelab komedi. Malah dia cuba menjadikan dirinya sebagai mangsa kerana mendakwa diganggu dan dibuli oleh  rakyat Malaysia.

Dia yang telah menetap di Amerika Syarikat (AS) itu dikatakan telah menjadi rakyat AS – yang dilahirkan di Singapura – bukan sajaha mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia, malah negara kelahirannya Singapura, ditambah dengan  gesaan meminta maaf dan kutukan daripada kedua-dua belah kerajaan.

- Advertisement -

(Muat naik Tweeter yang mendakwa dirinya dibuli netizen)

Selain cuba bermain kononnya kini dirinya menjadi mangsa buli cyber, dia cuba mengheret kes seorang pelawak Malaysia yang ditangkap dan menghadapi perbicaraan kerana menghina agama Islam baru-baru ini, melalui temubual dalam dengan tabloid artis terkenal Hollywood TMZ.

Ketika ditanya mengenai potensi risiko ditahan semasa dalam perjalanan ke Singapura dan kemudian dihantar ke Malaysia, Chia menjawab, “Saya pasti fikir ada risiko sebenar di sana, dan saya perlu menghubungi Kedutaan AS di Singapura… mungkin perlu bercakap dengan beberapa peguam.”

- Advertisement -

Chia meluahkan bagaimana kehidupannya sebagai pelawak dahulunya sederhana, hanya memfokuskan untuk membuat orang ketawa. Bagaimanapun, dia kini berdepan beban tambahan untuk mempertimbangkan kemungkinan kesan geopolitik yang boleh menyebabkan dia dipenjarakan di negara lain.

Dalam temu bual dengan CNN bulan ini, Chia menjelaskan bahawa dia telah melakukan seperti itu (menghina negara dan tragedi kematian) lebih seratus kali tanpa sebarang masalah, dan ia berniat untuk memainkan saingan persahabatan antara Singapura dan Malaysia.

Bagaimanapun, viral jenaka itu di media sosial mengundang kontroversi yang meluas. Di Malaysia, sayap pemuda UMNO, salah satu parti politik utama negara, menganjurkan protes di kedutaan AS di Kuala Lumpur untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. Mereka menganggap jenaka Chia sebagai penghinaan kepada negara dan menyerahkan memorandum kepada pos luar diplomatik AS.

Singapura, sebaliknya, telah menjauhkan diri daripada Chia dari awal, dengan menteri luar negara Vivian Balakrishnan menyatakan ketidaksetujuannya terhadap kenyataan Chia dan memohon maaf kepada Malaysia, menegaskan bahawa dia pastinya tidak bercakap untuk rakyat Singapura dan dia bukan lagi warganegara negara republik itu.

Tindak balas terhadap Chia telah menyebabkan akaun Facebook dan Instagramnya tidak lagi boleh diakses.

Chia menegaskan bahawa pelawak tidak menyimpan niat jahat di sebalik jenaka mereka dan matlamat akhirnya adalah untuk membawa senyuman kepada orang ramai.

(Pelawak ini menjadikan bahan lawak tragedi tanpa perasaan sensitif terhadap mangsa MH370 yang melibatkan pelbagai warganegara dunia)

Walau apa pun niat pelawak ini, rakyat Malaysia dan Singapura harus menghentikan perhatian terhadap dirinya. Dia telah berjaya mendapat perhatian media besar di AS, inilah kejayaan bagi dirinya. Hentikan memberi kelebihan itu buat individu yang tidak bertanggungjawab.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img