spot_img
spot_img

Pakaian nurse ketat dan nampak tubuh

spot_img

PARLIMEN – Ahli Parlimen Kuantan dari PAS mahu kerajaan melihat pakaian jururawat yang menurutnya tidak patuh syariah.

Menurut Wan Razali Wan Nor, sepatutnya pakaian yang lebih sesuai bagi jururawat harus ditentukan oleh kerajaan.

Beliau berkata pakaian jururawat wanita sekarang kebanyakannya berpakaian ketat dan menampakkan bentuk badan. Jesteru ia tidak patuh syariah.

- Advertisement -

“Adakah kita masih berterusan mahu mengikut acuan barat dalam etika pemakaian. Adakah ia tidak boleh diubah dan diberi kelonggaran,” katanya ketika sesi perbahasan Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Wan Razali juga memberi contoh hospital yang membenarkan kakitangan wanita mereka mengenakan pakaian yang lebih sesuai seiring dengan ajaran Islam iaitu Hospital USM (Universiti Sains Malaysia) Kubang Kerian di Kelantan dan Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah di Kuantan Pahang.

Beliau mengucapkam tahniah kepada kedua-dua hospital tersebut dan diikuti tepukan oleh ahli-ahli parlimen pembangkang.

- Advertisement -

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img