spot_img
spot_img

Remaja hisap vape meningkat, berisiko kena EVALI

spot_img

PETALING JAYA: Penggunaan rokok elektronik atau vape di kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun meningkat kepada 14.9% dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Muhammad Radzi berkata menerusi tinjauan kesihatan dan morbiditi kebangsaan (NHMS) kadarnya meningkat daripada 9.8% pada 2017 dan lebih membimbangkan peningkatan ketara turut membabitkan remaja perempuan.

“Peningkatan ketara turut berlaku dalam kalangan remaja perempuan iaitu dari 2.8% pada 2017 meningkat kepada 6.2% pada 2022,” katanya dalam kenyataan.

- Advertisement -

Dari segi kesannya, Muhammad berkata penggunaan vape boleh menyebabkan kecederaan paru-paru atau E-cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI).

“Bahan terkandung di dalam cecair rokok elektronik apabila dipanaskan akan menghasilkan bahan kimia yang boleh memberi kesan keradangan kepada lapisan paru-paru atau EVALI,” katanya.

Menurutnya, sehingga bulan ini Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima 17 kes berkaitan EVALI sejak pemantauan bermula setahun yang lalu.

- Advertisement -

“KKM mengingatkan semua pengguna bahawa rokok elektronik atau vape adalah tidak selamat kerana memberikan kesan buruk kepada kesihatan dan bukan satu kaedah alternatif berhenti merokok,” katanya.

Mereka yang ingin berhenti merokok dinasihatkan ke klinik kesihatan atau layari www.jomquit.com untuk maklumat lanjut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img