spot_img
spot_img

Ramasamy akan digugurkan demi kestabilan DAP ? Serta lantikan Senator penggal baru dari PH

spot_img

PETALING JAYA: “Kem Ramasamy” DAP Pulau Pinang berkemungkinan akan dikuburkan kerana menurut sumber dalaman parti itu, beliau tidak akan dicalonkan semula.

Penyokong Ramasamy, ADUN Bagan Dalam Satees Muniandy dan beberapa yang lain dipercayai penyokong Ramasamy juga berkemungkinan tidak akan dicalonkan.

Sumber FMT, berkata terdapat rancangan untuk menggantikan mereka yang berada di “kem Ramasamy” dengan “kem Lim Guan Eng”. Salah satu spekulasi kemungkinan akan dibawa masuk ialah Sundarajoo Somu dari syarikat hartanah Eco World Development.

- Advertisement -

Ramasamy, 74, telah melahirkan rasa terkejut awal semalam mengenai laporan The Star bahawa beliau akan digugurkan sebagai calon untuk pilihan raya DUN akan datang.

Ramasamy telah berkhidmat selama tiga penggal sebagai ADUN sejak membuat penampilan sulung pilihan raya pada 2008, di mana tahun Barisan Nasional digulingkan daripada kuasa selepas 35 tahun di negeri Pulau Pinang.

Beliau secara terbuka menyatakan masih mahu berkhidmat untuk satu penggal lagi. Ramasamy berkata beliau mempunyai hubungan baik dengan parti dan kerajaan persekutuan, sambil menambah bahawa lantang bersuara atas tujuan yang betul tidak bermakna beliau menentang DAP atau kepimpinan kerajaan.

- Advertisement -

Baru-baru ini beliau telah mencetuskan kontroversi berkenaan orang Melayu di sektor kerajaan dan sebelum itu juga beliau banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengguris perasaan orang Melayu. Sumber berkata, ini amat penting bagi DAP untuk menggantikan wajah baru yang lebih liberal dan tidak terlalu ekstrem seperti Ramasamy. Lebih-lebih lagi DAP kini berada di dalam barisan kerajaan perpaduan bersama UMNO.

DAP perlu pecat Ramasamy jika jujur dengan gabungan kerajaan perpaduan

Dalam perkembangan yang berkaitan dengan parti DAP, senator baru dari parti itu telah mengangkat sumpah pada 20 Mac lalu. Dr RA Lingeshwaran yang baru 5 bulan menjadi ahli DAP terus diangkat sebagai senator.

(Senator Dr RA Lingeshwaran dari parti DAP – foto FMT)

Dr Lingeshwaran, 36, anak kepada ahli perniagaan terkenal Butterworth, adalah bekas pengarah Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Beliau enggan menjawab khabar angin bahawa beliau sedang dipersiapkan untuk memegang jawatan kepimpinan di peringkat negeri. Lantikan senator tersebut telah mendapat kritikan dari beberapa kumpulan ahli DAP.

Beliau hanya mahu membuktikan kebolehannya kepada pimpinan DAP dan rakyat. Beliau percaya rakyat era ini hanya mahu melihat hasil, bukan hanya sekadar kata-kata.

(Para senator baru bersama Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim (tengah) semalam – Foto : Jab Penerangan Malaysia)

Dalam berita perlantikan senator, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan beberapa lantikan baru dan sambungan Ahli Dewan Negara.

Mereka adalah Pengerusi Biro Orang Asli KEADILAN Manolan Mohamad; Timbalan Pengerusi KEADILAN Sarawak yang juga peguam hak asasi kaum pribumi, Abun Sui Anyit.

Turut dilantik adalah Pengerusi Biro Politik Orang Kurang Upaya (OKU) parti itu Isaiah D Jacob dan Ketua Penerangan KEADILAN Pulau Pinang, Amir Ghazali.

Mereka menyertai 12 Ahli Dewan lain yang mengangkat sumpah jawatan dihadapan  semalam.

Untuk rekod, Monolan dilantik semula oleh Seri Paduka Baginda selepas khidmatnya sebagai senator berakhir pada 2021. Manakala Abun Sui dan Isaiah berkhidmat bagi penggal pertama mereka.

Amir Ghazali pula dilantik senator atas pilihan DUN Pulau Pinang.

Selain mereka empat bekas Ahli Parlimen kembali ke Parlimen sebagai Senator.

Mereka adalah Ahli Parlimen Kimanis dan Presiden Parti Cinta Sabah Anifah Aman, bekas ahli Parlimen Lumut Dr Hatta Ramli, bekas ahli Parlimen Cameron Highlands C Sivarraajh dan bekas Ahli Parlimen Tenom Noorita Sual.

Individu lain yang dilantik termasuk RA Lingeshwaran; Hussin Ismail; Abdul Nasir Idris; Musoddak Ahmad ; Roderick Wong Siew Lead dan Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Hasbie Muda.

Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Tan Sri Low Kian Chuan dan Bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Awang Sariyan turut dilantik menganggotai Dewan Negara.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img