spot_img
spot_img

Sol sayang bini pertama , tidak mahu cerai

spot_img

KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon popular Malaysia yang baru-baru ini memecah panggung jutaan ringgit menerusi filem ‘Mat Kilau’, Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah ketika prosiding sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Peguam syarie, Rushdan Sujak yang mewakili syamsul, 39, selaku defendan berkata demikian ketika prosiding di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas dengan dihadiri peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader bagi pihak Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, selaku plaintif.

Susulan itu, mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan cerai itu.

- Advertisement -

Perlantikan jawatankuasa pendamai merupakan salah satu daripada alternatif dalam usaha menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga. Jawatankuasa berperanan mendamaikan suami isteri apabila mereka gagal menyelesaikan masalah tanpa campur tangan orang luar. Jawatankuasa pendamai yang dilantik bukanlah orang asing yang tidak mengetahui latar belakang pasangan bahkan mereka hendaklah daripada ahli keluarga yang terdekat yang mengenali kedua-dua pasangan dan mengetahui punca berlakunya syiqaq atau pertelingkahan.

Pada 16 Januari lalu, Puteri Sarah memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Puteri Sarah berkata tuntutan cerai dibuat selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan perdamaian, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand.

- Advertisement -

Puteri Sarah menegaskan keputusan memfailkan perceraian adalah muktamad dan tidak akan menarik balik hasratnya walau apapun berlaku.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam dan Summayah, masing-masing berusia lima dan tiga tahun.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img