spot_img
spot_img

Kerajaan perlu saman atau beri tekanan pada Goldman Sachs

spot_img

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu failkan saman kepada bank pelaburan Amerika Syarikat, Goldman Sachs kerana mungkin ada menipu kerajaan Malaysia di dalam urusan 1MDB lalu. Peguam yang dilantik kerajaan harus memainkan peranan ini.

Menurut Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, kes 1MDB tidak seharusnya tertumpu kepada politik semata-mata kerana tindakan perlu dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang didapati bersalah.

Beliau mahu kerajaan meneliti peranan peguam yang mewakili 1MDB. Johari mempersoalkan tiada tekanan diberikan kepada Goldman Sach. “Selalunya apabila saman, baru runding, tekanan itu lebih baik. Tetapi saman pun tidak ada kepada Goldman Sachs, saman dekat sini mahu buat apa? saman sana (Amerika Syarikat), barulah ada tekanan, dan tekanan itu kuat, barulah dia mahu bercakap”, soal beliau di Parlimen.

- Advertisement -

Johari berkata adalah tidak adil bagi negara dengan skandal yang begitu besar, tetapi kita hanya tumpukan kepada politik semata-mata untuk mendapatkan duit yang hilang itu. Beliau tegas mahu sesiapa jua yang bersalah (dalam atau luar negara) harus dikenakan tindakan.

Tambahnya, Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) telah memberikan fakta secara jelas yang Goldman Sachs merupakan penasihat kewangan 1MDB, sekali gus mempersoal mengapa tindakan tidak diambil terhadap bank pelaburan berkenaan.

“Peguam yang mewakili 1MDB sepatutnya melihat kepentingan 1MDB, bukan kepentingan Goldman Sachs, sebab jelas menunjukkan dia tipu kita. Dia sudah peroleh manfaat AS$606 juta.

- Advertisement -

“Siasatan tidak boleh tertumpu kepada politik, sepatutnya melibatkan semua pengurusan. agak mustahil kepada satu organisasi yang mengeluarkan bon berbilion ringgit, hanya seorang yang turun naik mahkamah, apa jadi pada pengurusan kanan yang gaji besar-besar? Saya mahu Tambun perhatikan balik,” ujarnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img