spot_img
spot_img

Vape akan dikenakan cukai

spot_img

KUALA LUMPUR, 24 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan mengenakan cukai ke atas produk cecair atau gel yang mengandungi nikotin, dengan separuh daripada hasil cukai itu akan diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan.

Ketika membentangkan Bajet 2023 hari ini, beliau berkata bahawa produk cecair atau gel dengan nikotin digunakan secara meluas pada rokok elektronik dan vape, walaupun secara teknikalnya ia menyalahi undang-undang.

Anwar, yang juga menteri kewangan, berkata produk-produk tersebut dimiliki oleh semua lapisan masyarakat dan industri dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion. Beliau juga berharap dengan cukai ini akan mengurang masyarakat menghisap vape.

- Advertisement -

Pada masa yang sama, kerajaan menyokong usaha Generational End Game (GEG) yang diperkenalkan okeh Menteri Kesihatan dahulu, Khairy Jamaluddin.

Tambah Anwar, bagi mengurangkan ketirisan, usaha penguatkuasaan oleh agensi kerajaan akan terus dipergiatkan bersama-sama industri.

Beliau berkata ini bagi mengekang ketirisan hasil dan subsidi oleh sindiket penyeludupan seperti diesel, alkohol dan rokok.

- Advertisement -

Kerajaan sebelum ini mengumumkan rancangan di bawah Bajet 2022 untuk mengembangkan kutipan cukai kepada cecair vape yang mengandungi nikotin dengan mengenakan cukai eksais pada RM1.20 setiap mililiter, tetapi penguatkuasaan ditangguhkan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img