test
spot_img
spot_img

Main ski di pergunungan padang pasir, Projek $500b Arab Saudi

spot_img

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman (MBS) sedang membina resort ski bernilai berbilion dolar di padang pasir negara itu.. Pusat peranginan itu digelar Trojena, satu lagi portfolio seni bina ‘tamadun baru’ Arab Saudi yang megacity, dan futuristik iaitu  Neom.

NEOM memanggil bakat-bakat dunia berhijrah ke Arab Saudi

Trojena ini terletak di pergunungan Sararwat, iaitu kira-kira 2,600 meter di atas paras laut. Disasarkan untuk siap pada tahun 2026, destinasi pelancongan itu disebut-sebut sebagai 33 kali lebih besar daripada metropolis yang sibuk di New York City !

- Advertisement -

“Trojena akan mentakrifkan semula pelancongan gunung untuk dunia dengan mewujudkan tempat berdasarkan prinsip ekopelancongan, menonjolkan usaha kami untuk memelihara alam semula jadi dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat,” kata Putera Mahkota dalam satu kenyataan.

“Ia akan menjadi tambahan penting kepada pelancongan di rantau ini, satu contoh unik bagaimana Arab Saudi mencipta destinasi berdasarkan kepelbagaian geografi dan alam sekitarnya.”

- Advertisement -

Bagi mereka yang mungkin tidak menyedari usaha Putera Mahkota sebelum ini, baginda memang terkenal dengan cita-cita besar untuk Arab Saudi. Beliau telah pun memulakan projek bercita-cita tinggi seperti membina bandar garis lurus sepanjang 170 km (NEOM) dan lapan bandar bersebelahan yang terapung di atas air. Projek-projek ini telah meletakkan Arab Saudi pada peta dunia sebagai hab inovasi (antara lain), dan Trojena bersedia untuk meneruskan legasi ini.

Projek terbaharu ini akan menawarkan aktiviti ski luar sepanjang tahun, pusat peranginan kesihatan dan rizab alam semula jadi interaktif. Kemuncak Trojena ialah The Vault, sebuah perkampungan menegak berlipat yang direka untuk “menghubungkan dunia fizikal dan digital.” Menurut laman web Neom, pengunjung perkampungan buatan manusia itu akan menikmati melebihi apa yang mereka jangkakan, walaupun perkara itu hanya sedikit diterangkan di dalam laman web NEOM.

Pengarah eksekutif Trojena, Philip Gullett, seorang warga Britain, berkata: “Dalam satu cara, konsep ini serupa dengan The Line, iaitu ia menumpukan penempatan berpusat atau bandar menegak di satu tempat, meminimumkan pengambilan tanah – dan memaksimumkan pergerakkan dengan berjalan kaki – dan bukannya mengambil kawasan penempatan yang luas dan berselerak.”

Menambah sentuhan tambahan keindahan “semula jadi”, destinasi pelancongan itu akan menampilkan tasik buatan manusia, sepanjang tiga kilometer dan dipenuhi dengan air tawar.

Menurut kenyataan akhbar, Trojena telah menetapkan sasarannya untuk mengalu-alukan 700,000 pelawat dan 7,000 penduduk tetap menjelang tahun 2030. Projek itu dijangka meningkatkan ekonomi Arab Saudi dengan ketara, dengan anggaran sumbangan 3 bilion riyal ($800 juta) dan membuka 10,000 peluang pekerjaan. Bagi mempromosikan Trojena, negara timur tengah itu mengumumkan bahawa ia mahukan hak untuk menjadi tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia 2029 di resort itu.

Dengan projek yang cukup besar dan mega ini, adakah pemimpin Arab Saudi mahu membina satu lagi tamadun manusia sebagaimana piramid di Mesir beribu tahun lalu ? Tetapi jika mereka mampu dan memberi kebaikan kepada negara mereka, apa salahnya.

Di dalam membina cita-cita, pasti ada yang memandang sinis. Namun pemilik impian itu harus bekerja keras bagi memastikan cita-cita tersebut direalisasikan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img