PETALING JAYA: Ketetapan yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam kelmarin adalah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) tidak boleh ditangguh lagi dan perlu diadakan tahun ini untuk mengembalikan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia. Ia juga bagi memberi mandat semula kepada rakyat memilih kerajaan yang stabil.
Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan persetujuannya mengadakan PRU15 tahun ini kerana wujudnya asas mempercepatkan pilihan raya.
“Daripada dulu kita dah bercakap perlu percepatkan pilihan raya.
“Semalam (kelmarin) pun dah kata kita nak kembalikan kepada rakyat mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk memberi mandat semula dan sebagainya, jadi biar rakyat menentukan,” katanya ketika ditemui pemberita di ibu negara semalam.
Keputusan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun ini adalah berdasarkan pendirian UMNO dan wujudnya asas-asas untuk mempercepatkan pilihan raya.
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam kelmarin sepakat memutuskan pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan pada tahun ini.
Perdana Menteri berkata, beliau juga tidak meletakkan sebarang syarat kepada partinya sebelum membubarkan Parlimen dan pendirian UMNO itu bukanlah perkara baharu kerana ia sudah digesa beberapa tahun sebelum ini.
(Datuk Seri Ismail Sabri – Perdana Menteri)
Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan menyifatkan, segala ketetapan yang dibuat UMNO sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan dengan penilaian dan perancangan yang rapi seperti PRU15.
“Kini tiba masa jentera UMNO di seluruh tanah air bergerak lebih pantas, kemas dan tersusun bagi memenuhi aspirasi rakyat mengembalikan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia.
“Usah perlu menoleh lagi dan terus mara, kerana masa tidak akan menunggu waima seminit mahupun sesaat amat berharga untuk memastikan negara kembali ke landasan yang sebenar,” ujarnya.
Dalam pada itu, Pas sudah mengarahkan seluruh jentera pilihan raya parti di semua peringkat bersiap sedia menghadapi PRU15 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, semua peringkat parti perlu menumpukan kepada usaha memantapkan gerak kerja pilihan raya seperti yang dirancang terutama melalui pengarahan Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat.
Sebaliknya dari parti-parti pembangkang yang menyifatkan kenyataan terbuka membubarkan Parlimen itu sebagai tidak menghormati Perlembagaan dan membelakangkan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong.
Mereka mendakwa, tidak pernah pernah berlaku dalam sejarah negara kenyataan terbuka mengenai pembubaran Parlimen dikeluarkan sebelum Perdana Menteri menghadap untuk mendapat perkenan Seri Paduka.
Keputusan MT UMNO itu turut menimbulkan persoalan mengapa parti itu sanggup bertindak sendiri tanpa melalui mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN).
Ia juga menunjukkan UMNO tidak berhenti daripada memikirkan ‘kantung’ sendiri dengan mendesak supaya PRU15 diadakan tahun ini.
Walaupun membantah, mereka bersedia menghadapi PRU15 jika diadakan tahun ini.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kenyataan terbuka mengenai pembubaran Parlimen dikeluarkan sebelum Perdana Menteri menghadap untuk perkenan Seri Paduka.
“Namun, DAP akan menjunjung dan menghormati sepenuhnya keputusan Seri Paduka dalam soal membubarkan Parlimen selaras dengan prinsip dan peruntukan dalam Perlembagaan,” katanya.
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil pula berkata, keputusan itu menimbulkan persoalan mengapa UMNO sanggup bertindak sendiri tanpa melalui mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN).
Katanya, ini kerana keadaan itu menunjukkan UMNO tidak berhenti daripada memikirkan ‘kantung’ sendiri dengan mendesak PRU15 tahun ini.
“Ini hanya kepentingan Ahmad Zahid seorang. Kalau benar, ada atau tidak sesiapa yang mahukan pilihan raya selain UMNO? Mereka sahaja asyik meratib seolah-olah ekonomi negara tidak menjadi masalah, ringgit jatuh tidak jadi masalah bahkan kadar pengangguran pun tiada masalah,” jelasnya.
“Kalaupun ditakdirkan pilihan raya tahun ini, kami bersedia. Malam semalam pun kami lancarkan tabung untuk pilihan raya,” katanya.
Naratif pembangkang yang sering memainkan isu banjir untuk menyerang UMNO menggambarkan mereka tidak bersedia dan takut untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam tempoh terdekat.
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pembangkang boleh bermain segala isu bagi menyerang UMNO, namun mereka tidak membuat sebarang persediaan dalam menghadapi bencana.
(Datuk Seri Shahidan Kassim – Menteri Wilayah Persekutuan)
Katanya, Jabatan Meteorologi sememangnya mengeluarkan amaran hujan lebih lebat berbanding tahun lalu namun ia bukan bermaksud bencana banjir akan berlaku seperti digembar-gemburkan pembangkang.
“Kami di pihak kerajaan sememangnya telah buat persediaan dan yang penting sekali apa pula pembangkang buat untuk hadapi banjir?
“Tengok macam apa yang jadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), jadi jangan kata orang sangat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Jom Derma Darah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Gajah di sini semalam.
Shahidan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai naratif banjir yang dimainkan pembangkang bagi melengah-lengahkan PRU15 dengan merujuk kepada insiden banjir kilat di LTAPP pada minggu lalu.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini turut mengakui banjir kilat yang berlaku di lapangan terbang itu sebagai amat memalukan.
Sejak kebelakangan ini, pembangkang dilihat lantang menolak desakan UMNO bagi menyegerakan pelaksanaan PRU15 pada tahun ini dengan menggunakan alasan banjir.
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) turut menganjurkan protes ‘Nyawa Dulu Baru PRU’ bagi membantah hasrat PRU15 diadakan lebih awal pada musim tengkujuh.
Malah, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli juga melancarkan petisyen membantah PRU15 diadakan pada musim tengkujuh.
Berbanding pada PRU14 lalu, pembangkang sebaliknya mahukan segera pilihanraya di adakan.
Artikel bekaitan : https://berita-tular.com/2022/09/18/perbezaan-senario-pru14-vs-pru15/