spot_img
spot_img

Perbezaan senario PRU14 vs PRU15

spot_img

1. Pilihanraya 14 (PRU14) lalu pihak pembangkang menggesa kerajaan, segera membubarkan parlimen. Kerajaan hingga saat akhir baru bubar dan kalau boleh tidak mahu bubar sebab takut kalah.Pilihanraya 15 (PRU15) sebaliknya pula terjadi, parti utama kerajaan BN mahu bubar tetapi pihak pembangkang pula tidak ingin bubar awal disebabkan mereka tahu bahawa mereka berpecah dan belum bersedia.

2. PRU14 pembangkang sebulat suara punyai seorang bakal perdana menteri. PRU15 pembangkang dan pesaing parti utama kerajaan, semuanya ada 3 calon PM iaitu Anwar Ibrahim, Muhyiddin dan Tun Mahathir. Mereka masih lagi mengetengahkan muka lama. Manakala BN akan mencalonkan seorang sahaja iaitu Ismail Sabri.

3. Isu utama PRU15 masih sama iaitu Najib, 1MDB, rasuah, personaliti dan tambahan isu seperti LCS akan dimainkan oleh pembangkang. BN pula akan sibuk menepis isu-isu tersebut serta membawa naratif kestabilan kerajaan yang dominan. Maka tidak banyak isu polisi dan wawasan negara dihidangkan kepada rakyat.

- Advertisement -

4. Penentu kemenangan PRU14 adalah undi bukan Melayu di mana mereka memberi sepenuhnya kepada kepimpinan Melayu yang diketuai oleh Bersatu di bawah Tun Dr Mahathir. Penentu PRU15 pula adalah undi Melayu. Pengundi bukan Melayu akan masih setia bersama DAP/PH pada PRU15 ini , manakala undi Melayu akan terbahagi kepada UMNO, GTA dan Bersatu. Parti mana yang memperoleh undi Melayu terbanyak dijangka akan membentuk kerajaan dengan parti yang mempunyai undi bukan Melayu terbanyak, selepas PRU15.

5. PRU15 ada pengundi muda. PRU14 tiada. Dijangka pengundi muda bukan Melayu paling ramai keluar berbanding Melayu. Maka segmen ini tidak akan memberi manfaat yang ketara pada parti-parti Melayu.

6. DAP dan PH lebih kukuh dengan kehadiran parti Muda. Menjamin undi anak muda pada PRU15 kepada mereka. Sebaliknya pada PRU14 lalu DAP dan PH menang membentuk kerajaan kerana bergabung dengan undi Melayu dari Bersatu. Jika tidak, PKR, DAP tidak akan pernah membentuk kerajaan persekutuan dengan hanya bersandarkan undi bukan Melayu, di mana mereka telah mencuba berkali-kali sebelum PRU14 walaupun bersama PAS di Pakatan Rakyat.

- Advertisement -

7. PRU14 gabungan diumum awal, PH dan BN sahaja. PRU15 dijangka corak baharu bagi negara iaitu gabungan kerajaan dibentuk selepas pilihanraya, sama seperti pilihanraya negara maju di Eropah.

8. PRU14 sentimen kuat untuk mencuba menukar kerajaan. Pembangkang berjaya membuat sentimen tolak kerajaan seluruh negara. PRU15 terbahagi mengikut kaum. Bukan Melayu mahukan kerajaan PH kerana bagi mereka ianya ‘bersih’ daripada UMNO dan tidak mahu parti dominan Melayu. Majoriti pengundi Melayu pula mahukan hak mereka terpelihara kerana pengalaman 22 bulan di bawah PH, membuatkan orang Melayu serik. Melayu akan undi parti yang digambarkan menjaga hak orang Melayu.

Kesimpulannya, jika senario ini berterusan, maka tiada parti yang dominan. Cuma ada kelebihan bagi parti yang mempunyai pengundi setia, ahli teramai,  jentera yang berpengalaman dan kewangan yang kukuh. Pertempuran sebenar semua parti terletak di atas pengundi atas pagar terutamanya orang Melayu bandar untuk memilih parti politik. Siapakah yang mempunyai kelebihan itu ?

N9

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img