spot_img
spot_img

Zahid bebas dan lepas semua kes rasuah

spot_img

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Yazid Mustafa, berkata pihak pendakwaan gagal mewujudkan prima facie ke atas bekas timbalan perdana menteri itu.

Ahli parlimen Bagan Datuk itu berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), selain tujuh lagi mendapatkan SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.

- Advertisement -

Kesemua pertuduhan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img