spot_img
spot_img

Skyline GTR 90’an berharga RM8.8 juta

spot_img

Satu masa dahulu kereta-kereta dibuat untuk pasaran Jepun (Japanese Domestic Market/JDM) boleh didapatkan pada ‘harga mampu milik’. Bagaimanapun, sejak-sejak hari ini, harga sesebuah JDM boleh melonjak ratusan ribu sehingga jutaan ringgit bergantung pada model dan keadannya.

Terbaharu, peminat-peminat model ‘supercar-killer from Japan‘ terkejut apabila mengetahui seorang pengumpul kereta eksotik Amerika Syarikat telah membeli sebuah Nissan GT-R R34 Nismo Z-Tune dari Thailand pada harga USD1.98 juta (~RM8.8 juta).

Pembelian tersebut pernah diumumkan menerusi Facebook GT-R Registry pada bulan Januari lalu, bagaimanapun waktu itu nilai jualan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak tidak didedahkan.
- Advertisement -

Bagaimanapun, beberapa hari lalu seorang pengguna Facebook dari Thailand, telah memuat naik beberapa keping gambarkereta JDM yang dipercayai masih berada di rumah pemilik asal sebelum diterbangkan ke Amerika Syarikat.

“Ia berharga 70 juta Baht (~RM8.8 juta). Tahniah diucapkan kepada pemilik baharu dari luar negara Amerika Syarikat,” petik hantaran itu.

- Advertisement -

Perkongsian hantaran Facebook itu telah mendapat perhatian warganet dari seluruh dunia. Rata-rata ramai terkejut dengan nilai belian itu, ditambah pula walaupun kereta tersebut hampir berusia 20 tahun, kereta JDM tersebut kelihatan masih dalam keadaan baik dari segi luaran mahupun dalaman, serta mengekalkan keaslinya.

Menurut laman GT-R Registry, model R34 Nismo Z-Tune hanya dihasilkan dalam kuantiti terhad, sekitar kurang 20 unit sahaja untuk seluruh pasaran dunia bersempena ulang tahun ke-20 NISMO.

Beberapa perkongsian pengguna internet memaklumkan bahawa terdapat dua unit model asli di Thailand dan kini hanya tinggal sebuah sahaja. Model kereta yang dijual ini turut hadir dengan ‘beg bimbit carbon fiber‘ yang menyimpan dokumen-dokumen berkaitan kereta berkenaan.

Nampaknya model-model kereta keluaran 90-an sudah menjadi satu ‘pelaburan baharu’ atau ’emas baharu’ pada hari ini. Jika satu masa dahulu harganya cuma puluhan atau ratusan ribu ringgit, namun kini nilainya boleh terus melonjak sehingga mencecah  jutaan ringgit.

Untuk makluman, harga asal untuk sebuah R34 Nismo Z-Tune pada tahun 2003-2004 sekitar RM600,000 sahaja.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img