Putrajaya 5 Ogos : Semalam Berita Tular melaporakan bahawa rider syarikat penghantaran iaitu Grab akan melancarkan mogok hari ini.
Itu berikutan bayaran yang merek terima didakwa tidak setimpal.
Namun hari ini mogok tersebut tidak berlaku kerana syarikat Grab kembali memberi insentif seperti yang diminta oleh rider mereka.
Kenyataan Grab berbunyi seperti berikut :
“Flexi bonus Kembali lagi! Peluang terakhir anda (penghantar makanan) untuk dapatkan bonus tambahan pada minggu ini dengan bekerja pada 5 Ogos (Hari ini), 6 Ogos (Sabtu) dan 7 Ogos (Ahad).
“Sekiranya anda (penghantar makanan) bekerja di zon-zon berikut pada waktu peak hour (waktu kemuncak) di zon-zon berikut),” tulis pengumuman tersebut.
Adakah kuasa kesatuan sekerja boleh menggugat majikan dan anda mahu melakukan perkara yang sama jika tidak berpuas hati ?