spot_imgspot_img

Jumaat rider Grab mogok

Pemandu Grab di Malaysia akan mengadakan mogok pada esok Jumaat (5 Ogos) sebagai membantah tambang penghantaran yang rendah. Para penghantar Grab atau dikenali sebagai rider mendakwa Grab memaksa mereka bekerja lebih lama tetapi bayaran tetap pada jumlah yang sama.

Menurut sumber, mogok tersebut dijangka akan melibatkan kira-kira 60% pemandu Grab, manakala 40% lagi akan menentangnya. Beban mula dirasai oleh rider motorsikal, tetapi kini rider pemandu kereta juga turut terkesan

Rider sentiasa memperoleh RM5.00 bersih untuk setiap penghantaran, yang boleh diterima jika masa penghantaran ke destinasi adalah lima minit. Tetapi hari ini selepas PKP, Grab tetap membayar rider dengan jumlah yang sama untuk ke destinasi yang jauh.

Grab akan mengambil 20% dari setiap komisyen penghantaran.

Grab bagaimanapun menafikan dakwaan di atas.

Grab mengeluarkan kenyataan dalaman untuk menangkis mogok tular itu.

“Isu penurunan tambang minimum kepada RM3 dibangkitkan di media sosial adalah tidak benar dan tiada perubahan dalam tambang minimum.

Beberapa isi utama dari kenyataan Grab tersebut :

• Kadar tambang minimum kekal sama untuk semua rakan kongsi penghantaran. Tiada pengurangan tambang minimum kepada RM3 berlaku.

Screen shot tular menunjukkan kadar RM3 adalah pada Jun 2022, di mana terdapat ralat teknikal dalam paparan kadar tambang,”

Selain isu bayaran rendah, isu keselamatan dan keletihan rider juga akan disuarakan oleh mereka yang mogok esok.

comments

Terkini

spot_img
spot_img