spot_img
spot_img

Maybank bakal asing, senarai Etiqa

spot_img

SINGAPURA/KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank), bersedia untuk mengasingkan unit insuransnya, Etiqa bagi disenaraikan di bursa saham tempatan.

Menurut dua sumber rapat dengan perkara itu, Etiqa yang beroperasi di Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia, dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya AS$1 bilion (RM3.89 bilion).

Nilai pasaran lebih besar itu mengatasi rakan insuransnya, Syarikat Takaful Malaysia Bhd yang bernilai sekitar AS$700 juta (RM2.72 bilion).

- Advertisement -

Perniagaan insurans Maybank dikenali Etiqa International Holdings Sdn Bhd.

Ia menguasai 69 peratus Maybank Ageas Holdings Bhd, manakala Ageas, syarikat insurans antarabangsa berpangkalan di Brussels memegang bakinya.

Maybank Ageas memiliki pelbagai unit Etiqa.

- Advertisement -

Jurucakap Maybank berkata, bank itu sentiasa menilai peluang penciptaan nilai yang boleh memberi faedah kepada pihak berkepentingan, namun enggan mengulas lanjut mengenai cakap-cakap pasaran berhubung cadangan penyenaraian itu.

Ageas juga enggan memberi komen, sementara Etiqa pula tidak memberi maklum balas mengenai pertanyaan Reuters.

Sebagai sebahagian daripada urusniaga itu, pelabur Maybank dijangka menerima saham dalam syarikat insurans mengikut perkadaran pegangan sedia ada dalam bank berkenaan, kata sumber sambil menambah tiada dana tambahan akan diraih menerusi penyenaraian itu.

Bagaimanapun, sumber berkata, struktur sebenar penyenaraian itu belum dimuktamadkan dan terma boleh berubah.

Pengurus Pelaburan Aberdeen Asset Management Sdn Bhd, Jolynn Kek, berkata penyenaraian itu akan menjadi faktor menarik kepada sektor insurans.

“Tiada banyak kecairan dalam kalangan syarikat insurans yang disenaraikan terdahulu. Rangkaian Etiqa agak kukuh, jadi ia pasti menjadi satu tarikan besar terutama dengan Maybank sebagai rakan bankasurans,” katanya.

“Jika saham dilupuskan sepenuhnya, ia akan memberi kelebihan kepada Maybank kerana dapat mengurangkan keperluan modal.”

Maybank, Etiqa dan Ageas sedang bekerjasama dengan bank pelaburan bagi cadangan berkenaan, kata sumber yang enggan identiti didedahkan.

“Penyenaraian itu akan membantu Maybank meningkatkan nilai dan menerima penilaian lebih tinggi,” kata sumber sambil menambah Maybank menyasarkan untuk menyenaraikan perniagaan insuransnya akhir tahun ini.

Rancangan penyenaraian itu hadir selepas firma pengurusan dana berkaitan kerajaan yang juga pemegang saham terbesar Maybank, Permodalan Nasional Bhd (PNB) berusaha menyusun semula syarikat induknya untuk meningkatkan pulangan.

Tahun lalu, Sime Darby Bhd yang sebahagian besar dimiliki PNB mengasingkan unit hartanah dan perladangan serta menyenaraikannya di pasaran tempatan.

Etiqa, yang menawarkan insurans am dan hayat termasuk keluarga serta takaful am merekodkan pendapatan RM6.2 bilion pada 2017. Keuntungan sebelum cukai pula menokok 18.5 peratus kepada RM1 bilion tahun lalu.

Mac lalu, Etiqa berkata, ia kekal sebagai peneraju pasaran segmen insurans am dan takaful am dengan penguasaan pasaran 11.8 peratus. Ia berada di kedudukan keempat dalam segmen insurans keluarga dan hayat dengan penguasaan pasaran 8.9 peratus. – Reuters

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img