spot_img
spot_img

Wall Street dibuka rendah

spot_img

NEW YORK: Niaga hadapan indeks saham Amerika Syarikat (AS) kebanyakannya dibuka rendah pada awal dagangan hari ini menjelang pengumuman minit mesyuarat dasar terakhir Rizab Persekutuan AS (Fed) bagi meneliti prospek kadar faedah negara itu.

Pada 6.59 pagi, 0-mini Dow kehilangan 39 mata. E-mini S & P 500 turun 1.75 mata, manakala e-mini Nasdaq 100 naik 7.25 mata.

Penanda aras S&P 500 mengakhiri aliran peningkatan selama enam hari berturut-turut susulan keputusan mengecewakan Walmart Inc selain aktiviti jualan membabitkan saham teknologi di saat-saat akhir.

- Advertisement -

Dalam kalangan penggerak utama, pemberi pinjaman dalam talian LendingClub turun 11.62 peratus selepas mencatat kerugian suku tahunan dan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi.

Saham pemilik Tinder, Match Group jatuh kira-kira 4.0 peratus selepas JPMorgan menurunkan saham kepada “neutral”.

Lewat hari ini, Fed akan mengumumkan minit mesyuarat yang berlangsung pada 30 dan 31 Januari lalu di mana penggubal dasar mengekalkan kadar faedah.

- Advertisement -

Bagaimanapun, kenaikan kadar pada Mac semakin hampir, menurut Fedwatch CME Group.

– Reuters

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img