spot_img
spot_img

Bursa Malaysia melantun

spot_img

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia melantun daripada kejatuhan semalam dibuka lebih tinggi pagi ini dengan minat belian baharu dalam saham utama terpilih, di tengah-tengah permulaan bercampur-campur di pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,824.10, naik 2.50 mata, daripada 1,821.60 penutup semalam.

Ia dibuka 1.79 mata lebih tinggi pada 1,823.39.

- Advertisement -

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 142 berbanding 121, manakala 211 tidak berubah, 1,386 tidak didagangkan dan 33 yang lain digantung.

Sejumlah 190.75 juta saham bertukar tangan bernilai RM86.95 juta.

Kenanga Research menjangka penanda aras itu bergerak ke arah paras halangan 1,840 mata dan 1,866 mata, manakala kelemahan jangka pendek lain lebih bersifat sementara.

- Advertisement -

“Sokongan sementara dilihat pada paras psikologi 1,800 mata dan 1,793 mata, yang mana pelabur boleh meninjau untuk membeli ketika harga jatuh,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Maybank mendatar pada RM9.86, Public Bank susut dua sen kepada RM20.86, manakala TNB naik 12 sen kepada RM15.72, dengan Petronas Chemicals dan CIMB Bank menokok dua sen setiap satu masing-masing kepada RM8.19 dan RM6.82. – BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img