spot_img
spot_img

Enam Soalan “Killer” Dari Tokoh Wartawan Negara

spot_img

Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin hari ini mengemukakan enam soalan berhubung perkembangan isu semasa di negara ini di blognya dan memohon jawapannya.

Sambil menyatakan beliau sekadar bertanya dan bertanya tidak salah serta tidak boleh dikenakan saman malu, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press yang kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu berkata “manalah tahu ada orang yang tahu mahu jawapannya.”

1. Apakah implikasi penahanan Ketua Pemuda Umno Bagan Datuk oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Bahagian merangkap Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan “pemangku” Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi?

- Advertisement -

2. Apakah benar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyimpan rahsia siapa dalam Umno dan Kabinet yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak percaya?

3. Apakah benar duit yang kononya dibagi oleh Najib/Umno kepada PAS digunakan untuk berniaga (antaranya kosmatik) tetapi rugi?

4. Apakah benar Ketua Pemuda Umno merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sudah hilang peranan sebagai peneraju National Transformation (TN50)?

- Advertisement -

5. Apakah benar berlaku keretakan besar di antara KJ dengan bosnya sehingga jemputan untuk berpow-wow pun tidak diendahkan?

6. Apakah benar sebuah GLC yang diaspirasikan oleh Najib yang kini mengalami masalah perniagaan gagal menunaikan syarat hutang kepada sebuah bank GLC yang penting kepada pelaburan Bumiputera?

“Banyak rakyat jelata hendak tahu kerana soalan-soalan di atas adalah respons saya kepada soalan yang mereka tujukan kepada saya,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img