PEMAIN tengah Manchester United Henrikh Mkhitaryan merasakan kehilangan Paul Pogba untuk pasukan adalah satu kesukaran.
Menurutnya, Pogba memberikan impak yang besar kepada pasukan dan dia adalah pemain hebat untuk kami.
“Tapi, saya tahu kelab sedang berusaha untuk mengatasi perkara itu dan kami juga mahu membantunya untuk kembali kuat.
“Pasukan merasakan kehilangannya, tetapi kami harus berusaha untuk kekal fokus untuk cari kemenangan,” katanya.
Terdahulu, Pogba mengalami kecederaan hamstring ketika beraksi melawan Basel di Liga Juara-Juara minggu lalu. Pogba mungkin akan berehat beberapa bulan sebelum kembali pulih.
Di musim ini, Pogba telah menyumbangkan dua gol dan dua assist untuk Menchester United dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris.
Red Devils kini berada di tangga kedua berkongsi 13 mata dengan Manchester City.