spot_img
spot_img

Celtic Mangsa Pertama PSG

spot_img

NEYMAR dan Kylian Mbappe membuktikan nilai perpindahan tertinggi yang dibayar Paris Saint-Germain (PSG) ke atas mereka sebagai satu pelaburan berbaloi apabila masing-masing menjaringkan gol ketika membelasah Celtic 5-0, dalam aksi pertama Liga Juara-Juara di Glasgow, awal pagi semalam.

Bekas pemain Barcelona itu, menjaringkan gol pertama seawal minit ke-19 sebelum Edinson Cavani menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kedua lima minit sebelum babak pertama berakhir.

Bersambung di babak kedua, giliran Mbappe mempamerkan sentuhan berbisa untuk pasukan barunya apabila menyumbangkan gol ketiga PSG .

- Advertisement -

Tekanan berterusan PSG menyaksikan Mikael Lustig tertampan ke gawang sendiri untuk menghadiahkan gol keempat PSG m-84, sebelum Cavani melengkapkan sengsara juara Scotland itu melakukan tandukan, dua minit selepas itu.

Pengendali PSG, Unai Emery gembira dengan persembahan dipamerkan Neymar dan Mbappe selepas menyaksikan bintang besar itu menjadi inspirasi kemenangan mereka.

Emery semakin yakin kehadiran kedua-dua pemain itu boleh membantu impian PSG untuk menjulang Piala Eropah.

- Advertisement -

“Mereka antara pemain paling penting buat saya. Saya lihat komitmen hebat, fokus dan tumpuan sejak awal perlawanan. Ia persembahan yang bagus daripada mereka.

“Pasukan saya telah menunjukkan karakter sebenar. Ini adalah usaha sebenar kami dan mereka mempamerkan kawalan penuh sepanjang perlawanan. Saya cukup gembira dengan pencapaian ini,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img