spot_img
spot_img

Siapa Sebenarnya Gadis Dumbbel Berbaju Kurung Di Gim Ni? Jom Tengok Video Aksi Gadis Cantik Ni!

spot_img

Sebuah video gadis bersenam di gim mengenakan baju kurung bersama dumbbell menjadi viral dan meanrik perhatian netizen.

Nur Fatehah Che Ramli, 21 tahun yang juga pemegang tali pinggang hitam dalam Taekwando dan telah mempelajarinya sejak berusia tujuh tahun lagi.

- Advertisement -

Fatehah mengatakan itu bukanlah kali pertama dirinya pergi ke gim
untuk bersenam dengan memakai baju kurung.

“Dah banyak kali saya pakai baju kurung bila datang ke gim selepas waktu kerja,” katanya yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat di Marang, Terengganu.

- Advertisement -

“Ada juga saya bersenam di gim dengan pakaian sukan. Tapi bila berbaju kurung, saya hanya membuat senaman ringan yang tidak memerlukan banyak pergerakan,” tambahnya lagi.

Tunangnya, Abu Mansur yang lebih dikenali sebagai Mansurtropin menyatakan bahawa ia tidak menjadi masalah jika Fatehah ingin bersenam sambil memakai baju kurung kerana terdapat senaman ringan sesuai yang boleh dilakukan.

“Tak semestinya kena seksi dan pakai ketat di gim. Fatehah juga selalu berpakaian sukan ketika bersenam tetapi bercirikan muslimah,” sambung Mansurtropin.

“Dia ni nampak saja lemah-lembut, tapi jiwanya kental. Ada ‘black belt’ taekwondo!,” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img