Pemilik anjing ini kebingungan selepas mendapati anjingnya telah melahirkan seekor anak anjing bewarna hijau.
Rio, 3 tahun, telah melahirkan sembilan ekor anak anjing, termasuklah seekor yang berwarna hijau.
Situasi aneh seperti ini jarang-jarang berlaku. Hanya terdapat tiga kes seperti ini di dalam dunia.
Ini berlaku disebabkan oleh pigmen empedu yang dipanggil biliverdin yang ditemukan pada plasenta anjing.
Bahan tersebut telah bercampur dengan cairan amniotic, cecair yang melindungi anak anjing tersebut.
Pemilik anjing itu yang dikenali sebagai Sutherland dari Golspie, Scottish Highlands telah menamakannya ‘Forest’.
Mereka berjaya mencari rumah untuk anak-anak anjing itu dan merancang untuk memelihara Forest di dalam rumahnya sendiri.