Pelik tapi benar. Kek buah yang berusia 107 tahun yang di temui Antartika masih lagi dalam keadaan elok.
Lebih mengejutkan lagi, terdapat beberapa barangan serta makanan dalam tin yang ditemui dikatakan terhakis teruk tapi tidak kek itu.
Walaupun pembalut bungkusan kek tersebut dikatakan terjejas teruk. Namun, tekstur kek itu nampak elok dan sempurna, seolah-olah masih boleh lagi dimakan.
Difahamkan, kek tersebut merupakan milik seorang penjelajah Britain, Robert Falcon Scot yang maut semasa dalam perjalanan pulang ke kubu mereka ketika menjalani expedisi Terra Nova pada 1910 hingga 1913.