Pengarah dan pelkon, Erma Fatima telah sah bercerai talak satu dengan suaminya, Badaruddin Ami pada 17 Ogos yang lalu.
Walaupun pernah ada khabar angin yang mengatakan mereka sudah bercerai sebelum ini namun Erma menafikan kenyataan terbabit kerana dia masih boleh menerima kehadiran isteri kedua Bade dalam rumah tangga mereka.
Terbaharu, di akaun Instagram milik Erma, beliau ada memuat naik satu video yang menyentuh hati kerana ianya seolah-olah luahan perasaan dirinya.
Ramai pengikut Erma turut berkongsi rasa sedih itu dan meninggalkan komen yang positif di ruangan komen.
Turut terlihat satu klip ketika Bade berlakon bersama dnegan Erma di dalam drama Mak Cun. Di akhir video itu juga tertulis satu ayat “Tuhan jaga dia untuk ku…”
Melalui lirik lagu Mikraj Cinta itu sendiri yang membawa maksud ketuhanan yang juga mengatakan bahawa setiap pertemuan itu mestinya ada perpisahan.
Apa pun kami mendoakan yang terbaik untuk mereka.