Kehamilan merupakan perkara yang begitu dinantikan bagi pasangan yang belum dikurniakan buah hati. Kehamilan merupakan satu tempoh di mana wanita tengah membawa embrio di dalam rahimnya.
Ramai wanita yang belum mengetahui tanda awalnya kehamilan. Malah, sebahagian di antara mereka baru mengetahui kehamilan ketika usia kandungannya mencapai dua bulan.
Nah, dipetik dari laman Boykepers berikut ini beberapa tanda wanita yang sedang hamil.
Mual (Morning Sickness)
Mual merupakan gejala kehamilan paling umum. Hal tersebut disebabkan kerana hormon HCG (Human Chorionic Gonadotrophin) berlaku peningkatan. Peningkatan hormon HCG ini menyebabkan kesan pedih pada lapisan perut sehingga menimbulkan rasa mual. Biasanya rasa mual ini akan hilang jbila memasuki trimester kedua kehamilan.
Mood berubah
Biasanya wanita hamil mempunyai mood yang mudah berubah. Boleh saja dalam suatu masa di mana dia bahagia tiba-tiba berubah marah terhadap pasangan. Masalah remeh saja membuatnya begitu marah. Hal tersebut disebabkan kerana kehamilan mampu mengubah hormon secara drastik di dalam tubuh wanita.
Haid lambat
Ini merupakan tanda yang paling jelas dari awal kehamilan. Namun, yang perlu diperhatikan, tidak semua kelewatan tersebut dapat dipastikan kehamilan. Wanita boleh saja mengalami kelewatan kerana stres atau kerana diet pemakanan.
Perubahan
Bentuk tubuh hamil tidak hanya menyebabkan perut membesar, melainkan paha, dada dan punggung juga mengalami pembengkakan.
Mudah lelah
Wanita di awal kehamilan akan rasa mudah lelah. Hal ini terjadi kerana tubuh anda menyesuaikan diri dengan janin yang dikandung.
Muncul tompok
Tompok darah biasanya muncul 8-10 hari selepas ovulasi. Hal ini terjadi kerana implantasi atau menempelnya embrio pada dinding rahim. Namun, kemunculan tompok darah semasa kehamilan biasanya di salah ertikan sebagai haid.
Perut kejang
Kekejangan perut semasa hamil biasanya akan terus berlaku sehingga trimester kedua, atau sampai letak uterus berada di posisi tengah dan susu di pinggul.
Sembelit
Sebelit terjadi kerana berlakunya peningkatan hormon progesteron, yang mengakibatkan mengendurnya otot-otot rahim dan mengendurkan otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit.
Pening
Sakit kepala dan pening biasanya disebabkan oleh faktor fizikal, mual, rasa letih, tekanan darah, dan lapar. Dan juga disebabkan oleh emosi iaitu kemurungan dan perasaan tegang. Selain itu peningkatan bekalan darah ke seluruh tubuh juga boleh menyebabkan pening ketika si bakal ibu merubah posisi.
Sakit punggung
Sakit belakang biasanya terjadi selama kehamilan. Gangguan ini akan dirasakan sehingga melahirkan anak.
Menolak Makanan Tertentu (Mengidam)
Tiba-tiba menginginkan makanan tertentu, yang mungkin sebelumnya kamu tidak menyukai makanan tersebut.
Sensitif pada bau
Biasanya wanita hamil sangat sensitif pada bau. Terutama bau makanan. Bau makanan tertentu boleh membuat rasa mual dan muntah.
Buang air kecil lebih kerap
Janin yang tumbuh di rahim boleh menekan pundi kencing sehingga kekerapan buang air kecil akan bertambah.
Positif ujian kehamilan
Hasil pemeriksaan dengan menggunakan test pack menunjukkan dua garis atau positif. Namun, jangan terus percaya, jika belum mendapatkan jawapan yang tepat dari doktor.