Dan disebabkan sebuah video yang memaparkan Sofyan sebagai imam menjadi tular ramai yang tertanya – tanya siapakah gerangan jejaka berambut dreadlock ini.
Berpenampilan dreadlock dengan jeans ketat namun melontarkan suara yang merdu serta fasih melantunkan bacaan ayat suci Al – Quran.
Bakat Sofyan Alop dalan melantunkan ayat suci Al – Quran berkembang ketika dia menjalani pendidikan Bahasa Arab di Universiti Islam Negeri (UIN) Alauddin Makassar, Sulawesi Selatan.
Niatnya pada awal kuliah memang ingin mengambil jurusan Ekonomi Islam. Tetapi dia akhirnya mengambil Pendidikan Bahasa Arab (PBA).
“Saya bisa mengukur kemampuan saya sendiri. Semester V, tiap kali presentasi kami harus menggunakan bahasa Arab. Jujur, saya kewalahan. Akhirnya saya berniat pindah fakultas,”kata Sofyan Alop, Dipetik dari jawapos.com.
Walaupun begitu, Cupink Topan tidak berjaya menghabiskan pembelajarannya kerana proses pengurusan pindah fakulti membuatkan jejaka ini berhenti kuliah pada tahun 2006.
Tetapi pengalamannya dalam bidang teater ketika belajar menjadi ilmu berharga baginya, Pentas teater berjudul Kertas Kosong yang digagas oleh Himpunan Pelajar Indonesia Nuku Makassar (HIPMIN) itu menjadi awal perkenalannya dengan dunia seni.
“Di sanalah saya pertama belajar teknik olah pernapasan, olah vokal, intonasi, aksi, reaksi, improvisasi, juga artikulasi,” jelasnya.
Selepas itu, Sofyan Alop atau Cupink Topan memantapkan pilihannya pada seni teater walaupun jejaka berumur 33 tahun ini berasal dari Tidore ini tidak pernah menyangka akan berkecimpung dalam bidang seni.
Sebagai anak kampong, merantau ke kota besar hanyalah untuk mendapatkan tiket untuk bekerja. Tapi nasib berpihak kepada dirinya. Sepuluh tahun lalu, Fofyan Alop dipaksa oleh rakanya untuk mengikuti dunia modeling dan sejak itulah karier seninya bermula.