Sumber: The Star & Malaysian Digest
Cukup membanggakan bila pasukan Malaysia berjaya membawa pulang bukan satu atau dua tetapi 20 pingat emas dalam Kejuaraan Dunia ke -21 Kejohanan Dunia (WCOPA) yang telah diadakan di Amerika Syarikat baru-baru ini.
Pasukan Malaysia juga berjaya meraih 20 pingat perak dan 9 pingat gangsa pada acara undangan yang digelar Olimpik Talenta. Terdapat 17 penari dalam kategori tarian, instrumental dan vokal yang menyertai 78 pertandingan pelbagai bidang.
Bukan itu sahaja, tiga orang penari dari Malaysia dipilih untuk memenangi biasiswa ke Kompleks Tarian Millenium, iaitu sebuah studio tarian komersial paling popular di dunia.