Sekarang ni dobi basuh sendiri memang tumbuh bagai cendawan. Ianya amat memudahkan kepada mereka terutama pelajar-pelajar kolej atau universiti yang mungkin tiada tempat atau masa untuk mencuci baju malah dobi jenis ini sentiasa terbuka 24 jam sehari.
Namun, di sesetengah tempat dobi seperti ini pasti ada bahayanya juga seperti apa yang berlaku kepada Nur Izzati yang berkongsi pengalaman yang dihadapinya di sebuah kedai dobi di Shah Alam. Ikuti perkongsian dari gadis tersebut yang sehingga kini menjadi viral di media sosial. Semoga mereka terutama kaum perempuan supaya lebih berhati-hati jika ke dobi sebegini.
https://www.facebook.com/100009442964259/videos/1898640390460708/
Perempuan sila baca! harini aku tergerak hati nak basuh baju kat dobi. aku sampai je dobi pakcik baju merah tu dah ada duduk kat kerusi sambil baca surat khabar.
Masa tu aku tak syak apa apa sebabnya aku fikirkan dia basuh baju je masa aku basuh baju ada jugaklah 2 3 orang basuh baju sekali dengan aku. tapi aku duduk je kat mesin aku basuh tu, yang lain isi baju terus bla.
Selang sejam aku perasan pakcik tu buka 1 per 1 mesin pengering selongkar ape ntah. sekali aku perasaan dia cium bau pakaian dalam perempuan. Betul ah pakcik ni gila taksub dngan pakaian dalam perempuan.
Aku tunggu dekat sejam walaupun baju aku dah siap awal. Pakcik tu selongkar, cium bau pastu lipat simpan dalam satu beg. Banyak dia ambik nak dekat 10 helai pakaian dlam perempuan aku tunggu sampai dia dah habis buat kerja lepastu aku blaaaa.
Nasib aku perasan 1 keluarg ni punya baju kat dobi. aku cerita dari awal sampai akhir. Pastu aku tunjuk yang ada bukti rakaman video ada abang tu pergi sebb pakaian dalam bini dia kene ambik.
Lepastu memang betul dia ambik sbb dah check beg tu ada pakaian dalam bini dia gelabah beruk pakcik tu minta maaf. katanya dia nak ganti rugi. so, untuk kaum perempuan mahupun keluarga yang basuh baju didobi. sila tunggu sehingga habis selesai basuh.
Takut takut ada lelaki yang gila seks sanggup geledah orang punya. Take a note guys. Terima kasih.