Ramadan tahun ini sangat istimewa dan sungguh bermakna buat personaliti TV, Mat Dan yang berasal dari England ini. Seperti yang kita semua tahu, Mat Dan berkebolehan fasih bertutur dalam dialek Terengganu dan istimewanya untuk tahun ini, dia menyambut bulan Ramadan yang pertama sebagai suami.
Mat Dan atau nama islamnya Kareef Danial, 26, mengahwini seorang gadis tempatan berasal dari Terengganu yang bernama Nadifa Adnan, 28 pada 28 March yang lalu. Untuk Ramadan tahun ini, Mat Dan telah mengurangkan aktiviti pengacaraannya di kaca televisyen dan kini dia sibuk berniaga menjual makanan seperti bihun, kuih ropa, brownies dan macam-macam lagi di gerai makanan yang baru dibukanya bertempat di Pantai Batu Buruk.
Mat Dan berasa teruja dan tidak sabar untuk menyambut Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi kerana Syawal kali ini lebih meriah disambut dengan pasangan hidup. Tambah Mat Dan lagi, dia akan menyambut Syawal bersama dengan keluarga mentuanya di Kuala Terengganu dan tidak sabar untuk merasai rendang daging yang dibuat khas oleh isterinya.
Apa yang menariknya tentang rendang daging ini ialah kerana rendang tersebut dimasak dengan ramuan penuh kasih sayang, tambah Mat Dan berjenaka.
Sumber dari MalayMailOnline