spot_img
spot_img

Giliran Chen Long Menjadi Mangsa Prannoy

spot_img

KUALA LUMPUR: Selepas menewaskan Datuk Lee Chong Wei, pemain India, HS Prannoy terus mencipta kejutan apabila menyingkirkan juara Olimpik, Chen Long, pada peringkat suku akhir badminton Terbuka Indonesia, sebentar tadi. Tampil dengan semangat tinggi pada aksi di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC), Prannoy yang menghuni ranking ke-25 dunia begitupun memerlukan pertarungan tiga set sebelum menewaskan Chen Long 21-18, 16-21 dan 21-19.

Ketika Chen Long tampak seakan mampu mengimbangi rentak pantas Prannoy yang hanya memerlukan satu mata untuk menang di set ketiga, pukulan ke belakang bintang China itu keluar gelanggang, sekali gus menamatkan aksi yang berlangsung sejam 15 minit. HS Prannoy Semalam, harapan Chong Wei yang juga pilihan utama untuk menjadi pemain paling banyak merangkul gelaran juara Terbuka Indonesia tidak kesampaian apabila tewas kepada Prannoy dengan pertarungan straight set 10-21, 18-21.

- Advertisement -

Sementara itu, kejutan turut berlaku dalam acara perseorangan wanita apabila pilihan utama, Tai Tzu Ying tewas kepada pemain Thailand, Nitchaon Jindapol.

Jindapol yang menghuni ranking ke-14 dunia begitupun dipaksa bekerja keras sebelum menang dalam aksi tiga set, 21-19, 8-21, 21-17 dalam tempoh sejam.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img