IPOH – Kerajaan digesa untuk tidak lagi membebani hidup rakyat dengan menambah cukai sedia ada, termasuk memperkenalkan cukai pelancongan.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengenalan cukai berkenaan ternyata menambahkan beban hidup rakyat pada hari ini.
Justeru menurutnya, pihak kerajaan sewajarnya lebih prihatin dengan masalah rakyat dan bukannya menambahkan lagi beban sedia ada.
“Pengenalan cukai pelancongan baru-baru ini menunjukkan bukti jelas kepecekan kewangan Kerajaan Persekutuan.
“Walau dia kata, cukai itu tak bebankan rakyat dan nak pungut berapa ratus juta sahaja tak sampai RM1 billion pun, macam dah tak ada duit langsung ke?” katanya.
Muhyiddin berkata demikian pada sidang media sempena majlis berbuka puasa di Masjid Ghufran, malam tadi.