Kita semua tahu bayi yang baru lahir pastinya akan sentiasa menangis sambil terbaring. Tetapi apa yang berlaku jika bayi yang baru lahir boleh berjalan? Pasti anda terkejutkan.
Seorang jururawat di salah sebuah hospital terkejut ketika melihat seorang bayi yang baru lahir mencuba untuk berjalan. Kejadian aneh itu berjaya dirakamkan kamera dan menjadi tular selepas video itu dimuatnaik ke internet.
Dalam video tersebut, kelihatan seorang jururawat cuba membersihkan bayi tersebut dalam posisi berdiri. Kemudian jururawat itu kelihatan tercengang selepas melihat bayi itu seolah-olah mencuba untuk berjalan dengan kedua belah kakinya yang masih rapuh.
Sambil dipegang oleh jururawat, bayi itu tetap berusaha untuk mengangkat kakinya untuk berjalan. Lihat video di bawah ini.
https://www.facebook.com/arlete.arantes.94/videos/336828263402719/