Selain berbuka dan bersahur bersama, 5 aktiviti bersama-sama ini juga boleh anda lakukan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan sepanjang Ramadan.
#1 Berjemaah Bersama-Sama
Kalau anda dapat berjemaah di setiap waktu solat adalah lebih baik tetapi kalau tak boleh pun, cuba solat terawih bersama-sama di rumah ataupun ke masjid atau surau bersama.
#2 Potluck Rumah Ke Rumah
Anda juga boleh anjurkan potluck secara bergilir-gilir di rumah adik beradik atau ibubapa saudara. Seronok tau dapat berbuka beramai-ramai dan pada masa sama tidak susahkan tuan rumah untuk masak sekawah. Tak perlulah tunggu hari raya baru nak berkumpul bersama-sama.
#3 Tadarus & Kuliah Ramadan
Luangkan masa untuk bertadarus sesama ahli keluarga. Seorang 1 muka surat sehari pun sudah memadai. Anda boleh bawa ahli keluarga ke surau atau masjid berhampiran untuk mendengar kuliah Ramadan bersama-sama.
#4 Riadah Keluarga
Siapa kata bulan Ramadan tidak boleh beriadah? Tak salah jika keluar ke taman bersama keluarga sambil menghirup angin petang sementara menanti waktu berbuka. Anda boleh juga menonton TV atau berkumpul melakukan aktiviti seperti memasak atau membuat biskut raya bersama-sama.
#5 Moreh
Makan makanan kegemaran bersama-sama selepas solat terawih juga adalah salah satu cara mengeratkan hubungan kejiranan.
Bukan sahaja dalam bulan Ramadan, aktiviti bersama keluarga perlu dilakukan sekerap mungkin bagi menguatkan ikatan kekeluargaan.
Artikel ini dibawa khas oleh Nestle Aiskrim Tradisi Potong untuk mengerat dan memupuk semangat persaudaraan antara kita untuk mengukir senyuman bersama sepotong kenangan.