spot_img
spot_img

Kerisauan Pakar Ekonomi: Tiada Lagi Khazanah Negara

spot_img

PETALING JAYA: Pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram risau melihat ekonomi negara terutamanya sektor perindustrian dan pembuatan makin mengecil akibat diambil alih pelabur asing.

Beliau berkata keadaan ini menyebabkan negara mengalami “deindustrialisasi” atau pengurangan kekuatan industri yang menurutnya tidak baik untuk pertumbuhan dan pembangunan negara.

Beliau mengulas pengumuman penjualan 49.9% saham Proton oleh DRB-HICOM kepada syarikat China, Zhejiang Geely Holding Holding Group Co Ltd (Geely).

- Advertisement -

“Saya sangat risau dengan masa depan negara dengan melihat apa berlaku kepada sektor perindustrian. Apa yang terjadi kepada Proton adalah sebahagian daripadanya.

“Akhirnya apakah manfaat (penjualan pemilikan Malaysia) kepada rakyat? Pada kebanyakan masa, kita melayan (pelabur asing) lebih baik daripada pelabur tempatan sendiri,” katanya ketika ditemui selepas program anjuran Bersih semalam.

Namun, beliau berkata terlalu awal untuk menyatakan apakah pengambilalihan Proton itu akan membawa kebaikan atau keburukan kepada syarikat automotif tersebut.

- Advertisement -

“Ia boleh jadi bagus tetapi ia bergantung kepada perancangan Geely. Jika ia mahu menggunakan Proton sebagai platform menembusi pasaran antarabangsa, Proton mungkin akan menjadi lebih berdaya saing – sesuatu yang gagal dicapai sebelum ini,” katanya.

“Banyak kemungkinan boleh berlaku. Tidak banyak maklumat tentangnya… Saya ingin tahu apa perancangan Geely terhadap Proton dan mengapa ia tidak dibuat secara usaha sama,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai penolong setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi hal ehwal ekonomi.

Dalam perkembangan semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kecewa apabila Proton kini “bukan lagi kereta nasional”.

“Kita harus tanya, apa lagi nak dijual?” soal pengerusi PPBM itu selepas program ceramah di Kampung Baru malam tadi.

Sebelum ini, Malaysia juga merancang untuk menjual sebahagian besar pegangan dalam projek Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX) kepada konsortium milik China tetapi dibatalkan.
Mengulas lanjut, Jomo berkata ada kemungkinan setiap urusniaga dengan pihak luar dibuat dengan pendekatan “menyelesaikan urus niaga secepat mungkin”.

“Ia juga dibuat bukan berdasarkan kajian kebolehlaksanaan tetapi berdasarkan apa yang dirasakan baik oleh ahli politik yang tidak tahu secara terperinci soal ini.”

Free Malaysia Today

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img