Jika ditanya soalan mengapa gajah tidak boleh melompat, pasti jawapan yang akan diberikan ialah kerana berat badannya yang menghadkan pergerakkan gajah tersebut.
Tetapi sebenarnya tidak. Gajah mempunyai otot kaki yang sangat kuat, yang boleh menampung keseluruhan berat badannya. Tetapi kenapa gajah masih tidak boleh melompat?
Untuk melompat, kaki harus mempunyai sendi yang mudah lentur. Walaupun ototnya sangat kuat, namun sendi pada kaki gajah tidak mudah lentur dan ini menyebabkan mereka tidak boleh melompat seperti katak dan kanggaru.
Tambah pula, gajah hanya boleh berjalan dengan kelajuan 24km/j sahaja.
Rujukan: Sainsme