Sumber: Wanista & Berita Harian
Ia sesuatu yang luar biasa untuk rakyat Malaysia memiliki sepasang warna mata seperti kanak-kanak lelaki ini. Kamarul Hisham Mustafa mencuri tumpuan kerana memiliki sepasang mata yang sangat cantik iaitu berwarna biru.
Hanya Kamarul, kakak sulungnya dan ibunya sahaja yang memiliki warna mata seperti itu.
“Dalam keluarga, saya dan kakak mempunyai sepasang mata berwarna biru manakala hanya sebelah mata ibu kami sahaja yang berwarna biru.
“Ayah dan abang pula tidak mempunyai mata seperti kami. Pada mulanya, rasa janggal juga kerana warna mata tidak sama seperti rakan lain tetapi akhirnya saya dapat biasakan diri.
“Bagi kami, ini adalah anugerah daripada Allah,” kata anak bongsu daripada tiga beradik itu.
Ibunya Rosdah Abdullah, 47, mempunyai darah kacukan Melayu Brunei dan Pakistan manakala ayahnya, Kamarul Hisham, 48, dari Negeri Sembilan.