spot_img
spot_img

Dakwaan Malaysia Perlukan GST Dangkal-Rafizi

spot_img

Naib Presiden Rafizi Ramli menghentam pakar ekonomi yang menyokong hujah negara perlukan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kerana statistik kementerian kewangan mengatakan tidak.

Januari lepas, Malay Mail Online memetik Firdaus Rosli, felo ekonomi di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia berkata “tidak munasabah” melayan idea memansuhkan GST apabila defisit belanjawan melebar lagi.

“Saya ingin tahu dari mana ahli ekonomi ini mendapat data mereka sebab saya dapat data dari perbendaharaan,” kata Rafizi.

- Advertisement -

Bercakap di majlis pelancaran bukunya “Panduan Bina Semula Negara (Jilid 1)”, Rafizi berkata statistik dari kementerian kewangan menunjukkan cukai pendapatan negara terbukti setanding negara lain, menyangkal “amat memerlukan” GST.

“Statistik menunjukkan kutipan cukai pendapatan sejak 2 tahun lalu meningkat. Tahun depan, ia dijangka naik. Begitu juga di negara lain.
“Jadi dari mana hujah mengatakan asas pendapatan kita terlalu kecil hinggakan kita perlu GST?

“Ia adalah satu pembohongan.”

- Advertisement -

Rafizi berkata seorang profesional tidak sepatutnya memberikan gambaran salah kepada rakyat.

“Saya faham kalau ia dari (Datuk) Ahmad Maslan (bekas timbalan menteri kewangan) dan (Datuk Seri) Najib Razak (perdana menteri dan menteri kewangan) kerana mereka tidak faham pun, tetapi bagaimana pula dengan para ahli ekonomi?”

Bulan lepas, theSundaily melaporkan Najib sebagai berkata janji pembangkang memansuhkan GST berdasarkan kepada keperluan politik bukannya realiti.

Najib menambah sumber hasil yang kuat penting untuk kerajaan, menuduh pembangkang tidak memberitahu perkara sebenar mengenai keperluan GST.

Lembaga Hasil Dalam Negeri mengutip RM114 bilion cukai pada 2016.
Ia mengatakan secara idealnya, kutipan cukai sepatutnya 14% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK). KDNK negara semasa adalah RM1.2 trilion.

Oleh itu, IRB menyasarkan kutipan RM127 bilion cukai pada 2017, iaitu 10% daripada keseluruhan KDNK.

Manakala bagi GST pula, Malaysia berharap dapat mengutip RM42 bilion tahun ini berbanding RM41 bilion tahun lepas.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img