1 Lakukan pencarian
Ada banyak cara untuk anda lakukan pencarian. Paling mudah menerusi laman web hartanah seperti mudah.my dan propertyguru.com.my
2 Ejen atau tuan rumah
Anda boleh pilih sama ada mahu melantik ejen atau terus berurusan dengan tuan rumah. Biasanya, jika melalui ejen, anda akan dikenakan bayaran. Namun tugas anda akan menjadi lebih mudah.
3 Tinjau lokasi
Jangan hanya bergantung kepada laman web semata-mata. Sebaiknya, anda perlu melihat sendiri keadaan rumah serta lokasinya. Perlu ingat, tidak semua gambar yang diiklankan menerusi sesebuah web itu menunjukkan gambaran sebenar terhadap hartanah yang ingin dibeli. Pastikan ia dalam keadaan baik, jika tidak anda perlu siap sedia dengan kos baik pulih yang menanti. Dari segi lokasi, pastikan ia bukan kawasan panas atau lokasi jenayah.
4 Bayar deposit
Sekiranya anda bersetuju untuk membeli hartanah tersebut, anda perlu membayar deposit 10 peratus dari harga rumah tersebut. Sebaiknya, lantik peguam bagi memastikan deposit anda selamat.
5 Mohon pinjaman
Anda boleh mula memohon pinjaman dengan institusi bank yang terpilih. Proses permohonan ini mengambil masa selama satu hingga tiga minggu. Sekiranya berjaya, anda akan menerima offer letter dari bank dan sejurus itu bolehlah laksanakan proses perjanjian antara pembeli dan penjual rumah (Sales and Purchase Agreement).