Orang yang sedang hamil biasanya pasti akan lalui keadaan ini. Disini kami kongsikan tips untuk menghapuskan urat timbul di kaki ketika hamil.
Pilihan 1: Belah beberapa ulas bawang putih dan tenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
Pilihan 2: Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air, hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur letakkan kaki di atas bantal.
Pilihan 3: Campur sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
Pilihan 4: Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buat senaman angkat kaki, 10 minit sebelum tidur.
Kredit : Abang Terlajak Laris.