Selain jodoh dan rezeki, kematian adalah salah satu perkara yang hanya diketahui oleh Allah. Ajal maut boleh datang pada bila-bila masa sahaja dan dengan berbagai cara yang tidak boleh diduga oleh manusia. Ada orang yang meninggal dalam keadaan tidur, ada juga yang meninggal ketika melakukan rutin harian, dan ada pula yang meninggal di saat beribadah kepada Allah.
Seperti yang berlaku kepada seorang Qari di Indonesia yang bernama Jakfar Abdurrahman. Jakfar meninggal dunia ketika mengalunkan ayat suci Al-Quran dalam suatu majlis di daerah Surabaya Jawa Timur.
Seperti yang dilaporkan oleh media Indonesia, Jakfar meninggal dunia kerana serangan jantung dan sebelum ini dia juga pernah melakukan pembedahan jantung.
https://www.instagram.com/p/BTVJRCThzmz/?taken-by=infia_fact