Kopi memiliki manfaat yang sangat baik untuk tubuh badan dan seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai jenis kopi di dunia ini. Dan kebiasaannya minuman ini berwarna hitam atau coklat apabila dicampur dengan gula atau susu kan? Tapi kini ada kopi yang jernih sama seperti air putih.
Syarikat Clr Cff bertanggungjawab menghasilkan kopi yang berwarna jernih ini. Dari akaun Instagram @clrcff, kopi bernama Clear Coffee ini dibuat dari biji kopi Arabika dan airnya dihasil menggunakan kaedah yang belum pernah digunakan.
Jika anda ingin menikmati kopi yang sangat mengasyikkan tetapi dalam masa yang sama mengimpikan untuk memiliki senyuman yang manis dan putih, maka Clear Coffee adalah jawapannya.
Pengasas Clear Coffee iaitu David Nagy dan Adam yang merupakan pasangan adik beradik memberitahu Clear Coffee ini bukan sahaja memuaskan hasrat pencinta kopi untuk memiliki senyuman yang putih dan manis, malah kopi ini juga mempunyai kalori yang rendah.