Lazimnya kita mendengar orang belajar sesuatu kebolehan seperti memasak dan sebagainya melalui laman YouTube.
Namun berita berikut memang di luar jangkaan kerana apa yang dibelajar itu adalah berbahaya kerana membabitkan keselamatan orang ramai dan diri sendiri.
Bertempat di Ohio, Amerika Syarikat, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun bertindak belajar memandu melalui YouTube sebelum memandu ke restoran McDonald’s yang berdekatan rumahnya.
Kejadian itu berlaku Ahad lalu, kira-kira jam 8 malam tanpa penegtahuan ibu bapa kanak-kanak itu berikutan dikatakan mereka berdua itu masuk tidur awal.
Kanak-kanak itu memandu van milik bapanya sejauh 1.6 kilometer dengan adik perempuannya berada di tempat duduk belakang – Saluran Fox 8.
Difahamkan, untuk sampai ke restoran makanan segera itu, kanak-kanak itu perlu memandu melalui empat persimpangan, menyeberangi landasan kereta api dan beberapa selekoh tajam.
Dia bagaimanapun memandu dalam had kelajuan yang ditetapkan dan selamat sampai ke restoran itu. Saksi yang melihat kanak-kanak itu memandu kemudiannya menghubungi keluarga dan pihak polis.
Polis sedang menyiasat kes ini dan belum membuat keputusan sama ada akan mengenakan sebarang tindakan terhadap kanak-kanak itu dan ibu bapanya.
What’s your Reaction?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1