Sebuah rakaman yang memaparkan video rakaman penumpang berusia 69 tahun ditarik keluar oleh polis Lapangan Terbang Chicago dari sebuah pesawat antarabangsa menjadi viral.
Lelaki malang itu dikatakan cedera akibat terhantuk pada lengan kerusi semasa mengherer dan sekaligus menimbulkan kekecohan.
Menurut Dailymail, lelaki itu dipaksa keluar bagi memberi tempat kepada empat kakitangan syarikat penerbangan yang perlu ke Louisville, Kentuky dengan segera.
Sebelum itu, krew pesawat telah membuat pengumuman agar sesiapa pun di antara penumpang untuk memberikan tempat duduk secara sukarela.
Disebabkan tiada siapa yang sanggup, maka syarikat itu memilih secara rawak dan kerana keengganan lelaki berkenaan, dia dimalukan seolah – olah di halau dari pesawat tersebut.