Seorang lelaki yang mengalami tekanan cuba membakar dirinya di stesen minyak.
Menerusi sesi perbicaraan di mahkamah, Willmantas Zuikis cuba melakukannya menggunakan pemetik api pada Ogos lalu.
Dia bagaimanapun gagal menyalakan api selepas dihalang seorang juruwang stesen minyak.
Juruwang yang mencurigai kelakuan Zuikis sebelum itu bertindak pantas dengan menutup saluran petrol bagi mengelakkan kebakaran berlaku.
Zuikis dihukum penjara 16 bulan kerana kelakuannya berisiko yang boleh mengakibatkan bencana bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga orang lain.
What’s your Reaction?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1