spot_img
spot_img

Harga Minyak Secara Mingguan Perlu Berlandaskan SOP

spot_img

Walaupun secara asasnya penentuan harga minyak secara mingguan ini ditentukan oleh pasaran minyak global, ia masih perlu mengikut SOP yang diletakkan oleh kerajaan.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UMS), Prof Dr Shazali Abu Mansor berkata, pihak kerajaan kini harus mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Sekarang ini, kerajaan kena ikut pasaran harga minyak untuk kurangkan subsidi, dah SOP macam itu, kenalah ikut.”

- Advertisement -

Tambahnya lagi,

“Memanglah dengan keadaan sekarang, rakyat akan seronok jika harga minyak turun tetapi ia kan jadi beban buat kerajaan untuk beri subsidi, sebab itu kena buat begini,”

- Advertisement -

menurut Dr. Shazali lagi harga petrol berkemungkinan akan naik 10 ke 20 sen pada minggu ini bergantung kepada reaksi pasaran dunia berikutan ketegangan geopolitik yang berlaku di Timur Tengah ekoran serangan roket Amerika Syarikat ke atas lapangan tentera udara Syria.

Akhirnya, beliau berpesan supaya rakyat Malaysia tidak mudah melatah dalam isu kenaikan harga minyak di awal-awal perlaksanaan sistem ini kerana ia akan beransur stabil di masa akan datang.

sumber Sinar Online.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img