spot_img
spot_img

Zionis Israel bedil pusat perlindungan, kem pelarian, 40 penduduk Palestin maut

spot_img

GAZA 16 Disember: Sekurang-kurangnya 40 mangsa, termasuk kanak-kanak, jurukamera Al Jazeera dan tiga anggota penyelamat, terbunuh dalam serangan udara Israel di seluruh Palestin, semalam, lapor agensi pertahanan awam Gaza.

Berita pemergian jurukamera, Ahmed al-Louh disahkan saluran berita berpangkalan di Qatar, Al Jazeera, susulan ‘serangan bom Israel’ yang menyasarkan kem pelarian Nuseirat di pusat bandar Semenanjung Gaza.

Louh adalah kakitangan kelima Al Jazeera yang terbunuh sejak perang di Gaza bermula, selain pejabat rangkaian di wilayah itu sudah dibom.

- Advertisement -

Jurucakap pertahanan awam, Mahmud Bassal, mengesahkan Louh terbunuh dalam serangan ‘menyasarkan tapak Pertahanan Awam’ di kem Nuseirat, yang juga mengorbankan tiga anggota agensi penyelamat.

Selain itu, katanya, sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk beberapa kanak-kanak terbunuh dalam serangan Israel ke atas sekolah digunakan sebagai tempat perlindungan pelarian Palestin di bandar utama Gaza selatan.

“Seramai 35 mangsa cedera selepas peluru berpandu terkena di tingkat tiga sekolah terbabit,” katanya.

- Advertisement -

Terdahulu, katanya, 18 mayat, termasuk tiga kanak-kanak ditemui anggota penyelamat, selain melaporkan lebih ramai mangsa terbunuh dalam serangan ke atas sebuah rumah di pusat Bandar Gaza serta khemah yang menempatkan puluhan pelarian di Deir el-Balah, Gaza.

Tentera Israel (IDF) pula, dalam kenyataannya mengesahkan membunuh Louh, sambil menegaskan beliau adalah anggota Jihad Islam dan ‘pernah berkhidmat sebagai komander platun’ untuk kumpulan yang berjuang bersama Hamas di Gaza.

Katanya, tapak pertahanan awam itu digunakan sebagai ‘pusat komando dan kawalan’ Hamas dan Jihad Islam, selain berulang kali mendakwa wartawan Al Jazeera memiliki hubungan dengan Hamas atau sekutunya.

Dalam serangan berasingan, enam lagi terbunuh apabila rejim Zionis menyerang sebuah rumah di Shujaiya, timur Bandar Gaza, mengorbankan enam orang, lapor jurucakap pertahanan awam.

IDF semalam, mengesahkan sudah melaksanakan serangan di kawasan Beit Hanoun dan Beit Lahia di utara Gaza, namun tidak menjelaskan lokasi serangan secara khusus.

Katanya, tentera juga menyasarkan sebuah klinik di Gaza utara, mendakwa ia digunakan Hamas sebagai ‘pusat komando dan kawalan’ serta tapak simpanan senjata.

“Tentera menyerang puluhan pengganas dari udara dan darat serta beberapa lagi pengganas ditahan’ di Beit Hanoun, manakala di Beit Lahia, askar menemui serta memusnahkan sejumlah besar senjata, termasuk bahan letupan dan puluhan bom tangan,” katanya.

 

Sumber – Berita Harian / AFP

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img