spot_img
spot_img

Anwar bawa isu Najib kehadapan YDPA

spot_img

SHAH ALAM, 13 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mempersoalkan tindakannya mengemukakan isu titah tambahan diraja membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pertimbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, sebagai tidak berpengetahuan dan tidak berminat untuk mencari kebenaran.

Perdana menteri berkata sebagai seorang yang pernah dipenjarakan, beliau percaya bahawa setiap orang, tanpa pengecualian, termasuk banduan, mempunyai hak untuk merayu bagi mendapatkan pengampunan bagi hukuman yang dikenakan ke atas mereka.

“Saya pertama kali dipenjarakan di bawah Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad), dan kali kedua ketika Najib menjadi perdana menteri… tetapi sekarang saya menjadi perdana menteri, saya tidak menyimpan dendam atau iri hati.

- Advertisement -

“Apabila saya melihat tiada agenda untuk membincangkan rayuan Datuk Seri Najib dalam mesyuarat (Lembaga Pengampunan), saya berkata saya akan mengemukakan rayuan untuk pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pertimbangan,” katanya pada pelancaran Karnival FLYsiswa dan Karnival Pengangkutan Pelajar MADAni di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini hari ini.

Tambah Anwar, apabila beliau memutuskan untuk tidak mengulas perkara itu, beliau didakwa dan dikritik kerana didakwa cuba menyembunyikan kebenaran mengenai tambahan tersebut, walaupun tindakan itu diambil bagi menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan di mahkamah.

Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Jan, 2025, untuk pendengaran rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak kebenaran merayu dan notis usul yang difailkan oleh bekas perdana menteri untuk mengemukakan bukti tambahan berhubung tambahan diraja.

- Advertisement -

 

sumber — Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img