spot_img
spot_img

Bunuh Kawan Kerana Teman Wanita, Pelakon Power Rangers Dihukum Penjara 

spot_img

Bekas pelakon siri animasi Power Rangers dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun atas kesalahan menikam rakan serumahnya hingga maut.

Ricardo Medina, 38, mengaku bersalah di Mahkamah California atas tuduhan yang dibicarakan kepadanya.

Dia yang melakukan kesalahan itu pada 31 Januari 2015 dikatakan telah menikam Josh Sutter dengan pedang samurai berkali-kali sewaktu mereka bergaduh tentang teman wanita.

Insiden itu membuatkan Medina menghubungi talian kecemasan 911 dan dia kekal berada di lokasi kejadian sehingga polis tiba.

- Advertisement -

Medina ditahan sejurus Sutter disahkan maut, namun dibebaskan beberapa hari kemudian selepas pihak pendakwa meminta kes disiasat sebagai kes profil tinggi.

Medina sebelum ini memegang watak Red Lion Wild Force Ranger dalam siri televisyen, Power Rangers Wild Force.

Sumber : Astro Awani
Foto : 100jamz.com

- Advertisement -

 

Source: Bunuh Kawan Kerana Teman Wanita, Pelakon Power Rangers Dihukum Penjara | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img