spot_img
spot_img

Taikun Ananda Krishnan meninggal di usia 86 tahun

spot_img

Alumni Harvard Business School, T Ananda Krishnan, seorang taikun Malaysia yang tidak asing, yang juga mengasaskan Maxis Bhd dan Astro Malaysia Holdings Bhd telah meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.

Usaha Tegas Sdn Bhd, firma pegangan pelaburan yang diketuai oleh Ananda, mengesahkan kematiannya hari ini.

“Dengan rasa sedih kami mengumumkan pemergian pengerusi kami, T Ananda Krishnan, yang meninggal dunia secara aman pada 28 November 2024.

- Advertisement -

“Beliau telah membuat sumbangan besar kepada pembinaan negara dan dunia korporat, dan inisiatif dermawannya telah menyentuh banyak kehidupan. Kami dengan rendah hati meminta agar hasrat keluarga untuk berkabung secara tertutup dihormati,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada April lepas, Forbes menyenaraikan hartawan itu sebagai orang ketiga terkaya di Malaysia, selepas tokoh hotel dan hartanah Robert Kuok dan Quek Leng Chan Hong Leong, dengan nilai bersih AS$5.1 bilion.

Alumnus Harvard Business School, Ananda mengasaskan pengendali telekomunikasi mudah alih kedua terbesar di Malaysia, Maxis Bhd, serta syarikat penyiaran dan media Astro Malaysia Holdings Bhd.

- Advertisement -

Beliau juga memegang pegangan besar dalam penyedia perkhidmatan oil and gas Bumi Armada Bhd melalui Objektif Bersatu Sdn Bhd.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img