spot_img
spot_img

Pemimpin Bersatu Hipokrit ?

spot_img

Banyak isu yang timbul ekoran daripada polemik “poster boy” atau calon PM daripada PN yang mana kini seorang demi seorang pemimpin PN termasuk Peja, Saifuddin dan Wan Saiful bertegas mahu mengekalkan Muhyiddin sebagai “poster boy” atau calon PM bagi mewakili PN bagi menghadapi PRU Ke-16. Dominic Lau daripada Gerakan juga menyuarakan perkara yang sama.

Dalam masa yang sama, sekarang rakyat boleh melihat hipokrasi dan sikap “double standard” pemimpin-pemimpin PN iaitu dahulu mereka yang bermati-matian berkempen untuk menyingkirkan DS Zahid daripada UMNO atas alasan beliau kononnya merupakan “liabiliti” kepada UMNO atas alasan mempunyai kes mahkamah. Namun, apabila terkena batang hidung sendiri iaitu apabila Muhyiddin sekarang ini sedang berhadapan dengan kes mahkamah, tidak pula mereka menuntut Muhyiddin disingkirkan daripada jawatan presiden Bersatu atas alasan yang sama iaitu menjadi “liabiliti” kepada PN.

Hipokrasi dan sikap “double standard” yang ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin PN tersebut menunjukkan bahawa apa yang mereka laungkan sebelum ini iaitu kononnya tiada kompromi terhadap “integriti” merupakan pembohongan semata-mata kerana apabila wujud kes mahkamah yang melibatkan presiden mereka sendiri, mereka boleh pula berkompromi terhadap “integriti” pemimpin tersebut.

- Advertisement -

Seterusnya, polemik tersebut juga menunjukkan bahawa sikap bekas geng broker seperti Annuar Musa, Shahidan Kassim, KJ, Tun Faisal dan geng mereka adalah sama seperti pemimpin-pemimpin PN yang hipokret dan bersikap “double standard”. Ini adalah kerana dahulu merekalah yang bermati-matian menyerang DS Zahid untuk menyingkirkan beliau daripada jawatan presiden UMNO atas alasan DS Zahid kononnya merupakan “liabiliti” kepada UMNO tetapi kini apabila penaja (Muhyiddin) mereka sendiri didakwa di mahkamah, tidak pula mereka menyerangnya secara bertubi-tubi sebagai mana mereka pernah menyerang DS Zahid dahulu.

Rakyat masih ingat betapa hinanya DS Zahid yang ketika itu sedang didakwa di mahkamah di mata pemimpin-pemimpin PN dan geng broker sehinggakan beliau dianggap tidak layak untuk dilantik ke jawatan dalam kabinet dan tindakan mereka tersebut seolah-olah menunjukkan bahawa mereka berpendirian tidak akan berkompromi terhadap sesiapa yang ada kes mahkamah. Oleh itu, berdasarkan pendirian mereka tersebut, maka logiknya adalah sudah tentu Muhyiddin juga sama-sekali tidak layak untuk menjadi “poster boy” PN?

Hakikatnya adalah sikap yang dipamerkan oleh pemimpin-pemimpin PN yang tetap mahukan Muhyiddin sebagai “poster boy” atau calon PM walaupun dia dianggap sebagai “liabiliti” kepada PN iaitu mempunyai kes mahkamah adalah merupakan “respon semulajadi” atau realiti dalam politik kepartian. Keadaan ini adalah sama seperti mana yang berlaku dalam kes Anwar Ibrahim yang mana walaupun Anwar dahulu sedang didakwa di mahkamah, namun ahli-ahli PKR, Dap dan Amanah tetap mahukan dia diangkat sebagai “poster boy” atau calon PM bagi mewakili PH. Dengan erti kata lain, walaupun apa yang berlaku ke atas presiden sesebuah parti politik seperti didakwa di mahkamah oleh musuh politiknya, namun ahli-ahli parti tetap mahukannya untuk terus menerajui parti mereka. Itu sebabnya walaupun sebelum ini DS Zahid didakwa di mahkamah oleh musuh politiknya iaitu Mahathir dan Muhyiddin, namun ahli-ahli UMNO tetap mahukan beliau untuk memimpin parti mereka.

- Advertisement -

Masalahnya adalah pemimpin-pemimpin PN sebelum ini boleh dianggap sebagai jahil untuk memahami realiti tersebut kerana dahulu mereka menyangka bahawa mereka sebagai “orang luar yang terlajak hebat” kononnya mampu untuk menyingkirkan DS Zahid daripada UMNO. Mereka telah berkempen secara agresif di sepanjang masa bersama dengan geng broker untuk menghina dan mengaibkan DS Zahid dengan harapan agar ahli-ahli UMNO kononnya akan menyingkir beliau. Mereka juga cuba menipu ahli-ahli UMNO dengan cara menggambarkan kepada ahli-ahli UMNO bahawa rakyat kononnya menolak kepimpinan DS Zahid, namun itu semua hanyalah angan-angan mereka kerana sokongan ahli-ahli UMNO terhadap beliau tidak terjejas, malahan menjadi bertambah kukuh.

Tanpa pemimpin-pemimpin PN sedari bahawa tindakan mereka yang cuba menyingkirkan DS Zahid daripada UMNO telah menyebabkan ahli-ahli UMNO merasa amat marah terhadap mereka. Ini adalah kerana ahli-ahli UMNO menganggap bahawa mereka (pemimpin-pemimpin PN) sebagai kejam dan zalim iaitu sanggup bertindak mengaibkan, menindas dan menganiaya pemimpin tertinggi (DS Zahid) mereka. Itu sebabnya tindakan pemimpin-pemimpin PN tersebut boleh dianggap ibarat “senjata memakan tuan” atau “backfire” iaitu mereka bukan sahaja gagal menghilangkan pengaruh DS Zahid, sebaliknya sokongan ahli-ahli UMNO terhadap beliau tidak pernah terjejas.

Dengan erti kata lain, apa juga naratif yang cuba digambarkan oleh pemimpin-pemimpin PN dan juga Dap termasuk sekutu mereka seperti majlis peguam, LfL, Bersih dan sebagainya yang cuba menggambarkan bahawa DS Zahid dan DS Najib kononnya ditolak dan dibenci oleh rakyat tidak pernah dipedulikan oleh ahli-ahli UMNO. Ini adalah kerana walaupun mereka berkempen “bagai nak rak” untuk mengaibkan dan menghina DS Zahid dan DS Najib, namun semua itu tidak pernah dipedulikan oleh ahli-ahli UMNO. Ini adalah kerana ahli-ahli UMNO memang mengetahui bahawa mereka sebenarnya adalah musuh kepada UMNO dan sejak dari dahulu lagi mereka sentiasa berusaha untuk menyingkirkan DS Zahid dan DS Najib daripada UMNO semata-mata kerana mahu melemahkan UMNO. Bukti bahawa kempen-kempen yang dilancarkan oleh mereka tidak pernah dipedulikan oleh ahli-ahli UMNO adalah DS Zahid masih lagi tegak berdiri sebagai presiden UMNO dan ahli-ahli UMNO juga tidak pernah lelah dalam usaha untuk membela nasib DS Najib.

Kesimpulannya adalah belang sebenar (true colour) pemimpin-pemimpin PN yang hipokret dan “double standard” telah terbongkar apabila terkena batang hidung mereka (PN) sendiri iaitu apabila giliran Munyiddin menghadapi kes mahkamah, mereka tidak pula menuntut dia disingkirkan daripada jawatan presiden Bersatu seperti mana mereka sebelum ini pernah menyibuk dalam urusan dalaman UMNO iaitu menuntut DS Zahid disingkirkan daripada UMNO.

-Tinta Perak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img